Saturday, July 14, 2012

Program Mentauliah River Ranger Klang Anjuran Majlis Perbandaran Klang MPK




















Sekali lagi River Ranger Selangor telah di undang untuk mentauliah ahli baru River Ranger Klang anjuran Majlis Perbandaran Klang MPK pada 14 Julai 2012 seramai 80 orang peserta. Program bermula di MPK dan di rasmikan oleh YDP serta taklimat daripada Ketua River Ranger Selangor Cik. Siti Saimah Bt Abdul Rahman, lawatan tapak ke hulu Sungai Penchala dan berakhir di Pusat Infomasi Sungai Penchala. Peserta juga di beri pendedahan mengenai aktiviti dan pencapaian Komuniti Sungai Penchala selama penglibatan NGO berikut. Selain itu peserta juga dapat melihat demontrasi membuat lilin dan sabun menggunakan minyak masak terpakai.