Monday, November 29, 2010

Pertandingan Fotografi Sungaiku HidupKU

 
Hadiah Pemenang :
   Pertama  RM 2000
   Kedua  RM 1500
   Ketiga  RM 1000
   Saguhati (10 pemenang) RM 100
Kategori :  TERBUKA

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan
Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia (semua peringkat umur)
Setiap penyertaan hendaklah disertakan maklumat yang dilengkapi dengan nama, alamat,   
   no. kad pengenalan dan no. telefon untuk dihubungi.
Tema pertandingan adalah ‘SUNGAIKU HIDUPKU’ yang menggambarkan kecintaan
   terhadap sungai mengikut kefahaman  sendiri.
Hanya gambar sungai di Negeri Selangor sahaja (nama sungai dan lokasi perlu dinyatakan) yang diterima penyertaan.
Penyertaan dibatalkan serta merta sekiranya gambar yang di hantar pernah memenangi
  atau menyertai pertandingan-pertandingan fotografi yang lain.
Hanya gambar digital sahaja dibenarkan.
Setiap peserta dibenarkan menghantar maksima 5 (Lima) keping gambar yang bersaiz
  8” x 12” (gambar yang tidak mengikut saiz tidak dilayan) dan perlu disimpan dalam CD
  sebagai bukti dengan saiz fail besar (jpeg).
Sekiranya penyertaan melalui e-mel, peserta perlu menghantar gambar digital format
  JPEG berukuran sederhana tidak kurang daripada 2 MB.
Semua gambar penyertaan mestilah asli dan tidak boleh diubahsuai ataupun
  menambah elemen-elemen yang lain. (Jika didapati gambar telah diubahsuai,
  penyertaan dibatalkan serta merta)
Gambar-gambar penyertaan tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik
  mutlak penganjur.

2 comments:

  1. Kalau sungai malaysia di negeri lain x valid ker?/ (warga selangor merantau... :} )

    ReplyDelete