Tuesday, January 15, 2013

Gotong Royong Perdana

               Bahagian Pengurusan Sungai dan Pengurusan Banjir JPS Selangor telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana Sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia Tahun 2012 pada 13 Oktober 2012 (Sabtu) bertempat di Pusat Informasi Sungai Penchala, Petaling Jaya, Selangor.

             Pelbagai acara yang diadakan antaranya senaman ringan (aerobic) dan aktviti gotong royong.Antara yang terlibat dengan program gotong royong ini adalah Komuniti Sg Penchala, pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haron dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan Petaling Jaya, Kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya(Bahagian Kesihatan Awam), Kakitangan Balai Bomba Jalan Penchala,River Ranger JPS Selangor dan Kakitangan JPS Petaling. Sesi Taklimat Penchala GIS telah di sampaikan oleh Pn Srie Azrina Binti Zulkeflie daripada DanWater (M) Sdn Bhd.

            Program yang bermula pada jam 08.00 pagi telah berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan majlis penyampaian hadiah untuk cabutan bertuah,pertandingan sampah misteri dan hadiah pertandingan Kutipan Sampah Terbanyak. Petandingan Kutipan Sampah Terbanyak telah dimenangi oleh Kumpulan Komuniti Sg Penchala (Kawasan Desa Menteri).





















Monday, January 14, 2013

Jambori River Ranger 2012

          JPS Negeri Selangor telah menyertai Program Jambori River Ranger Anjuran JPS Malaysia pada 22 sehingga 24 September 2012 (Sabtu – Isnin) bertempat di Peladang Agro Resort, Setiu Terangganu. Program ini turut melibatkan kakitangan daripada JPS seluruh negeri, pelajar-pelajar sekolah dan komuniti penduduk Setiu Terangganu.

                     JPS Negeri Selangor telah membawa penyertaan daripada dua buah sekolah seramai tujuh orang iaitu lima orang wakil termasuk pemenang Sekolah Terbaik Program River Champ Sungai Penchala 2012 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2) dan seorang wakil daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16 iaitu pemenang Pidota Lelaki Terbaik Program River Champ 2012. Pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16 turut dinobatkan sebagai pemenang Pidato Lelaki Terbaik dan pemenang Pelajar Lelaki Terbaik untuk Program Jambori River Ranger JPS Malaysia 2012. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk semua peserta seperti Ceramah Kesedaran Sungai, Ceramah Motivasi, “Ice Beraking “, Pertandingan Memasang Khemah, senamrobik lain-lain lagi.

             Program yang berakhir pada jam 2.00 petang ini diakhiri dengan Majis perasmian yang dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Husaini bin Sulaiman;Ketua Pengarah JPS Malaysia, dan majlis penyampaian hadiah kepada penerima-penerima anugerah Program River Ranger JPS Malaysia 2012.














Peserta River Ranger Selangor

Peneraju Utama


Program Penchala River Camp 2012

         Bahagian Pengurusan Sungai & Pantai, JPS Negeri Selangor telah menganjurkan Program River Champ Sg Penchala pada 13 September sehingga 15 September 2012 (Khamis-Sabtu) bertempat di Sungai Penchala, Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna tentang pencemaran sungai.

Sebanyak 200 orang terlibat iaitu terdiri tujuh (7 )Agensi dan beberapa buah sekolah telah dijemput untuk menghadiri program River Champ ini. Sebanyak 9 buah sekolah telah menghantar penyertaan untuk program river champ tersebut daripada 10 buah sekolah yang dijemput dan setiap sekolah telah menghantar 7 orang wakil masing-masing. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk para pelajar sekolah dimana aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi-10.00 Malam (Sabtu), 7.00 pagi-10.30 malam(Jumaat) dan aktiviti berakhir pada hari Sabtu jam 4.30 petang.Antara aktiviti yang diadakan untuk para pelajar adalah Ujian Kimia & Biologi, Pemantauan Kualiti Air Taman Bukit Kiara Hulu Sg. Penchala, Persembahan Kumpulan, Lawatan Pusat Informasi Sg.Penchala, Senam seni/senamrobik, Program berakit, Aktiviti unggun Api, persembahan kumpulan dan lain-lain lagi.

Antara agensi yang dijemput untuk Karnival Sungai Penchala Sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia 2012 Peringkat Negeri Selangor adalah seperti berikut:
  • Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  • Suruhanya Perkhidmatan Air Negeri (SPAN)
  • Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH)
  • Global Environment Centre (GEC)
  • Komuniti Sg.Penchala

Majlis Penutup Sg. Penchala telah dirasmikan oleh YB. Elizabeth Wong (Exco Pelancongan Negeri Selangor) dan majlis yang berakhir pada jam 4.30 petang dengan penyampaian hadiah kepada Persembahan Kumpulan Terbaik, Pidato terbaik.