Saturday, July 14, 2012

Program Mentauliah River Ranger Klang Anjuran Majlis Perbandaran Klang MPK




















Sekali lagi River Ranger Selangor telah di undang untuk mentauliah ahli baru River Ranger Klang anjuran Majlis Perbandaran Klang MPK pada 14 Julai 2012 seramai 80 orang peserta. Program bermula di MPK dan di rasmikan oleh YDP serta taklimat daripada Ketua River Ranger Selangor Cik. Siti Saimah Bt Abdul Rahman, lawatan tapak ke hulu Sungai Penchala dan berakhir di Pusat Infomasi Sungai Penchala. Peserta juga di beri pendedahan mengenai aktiviti dan pencapaian Komuniti Sungai Penchala selama penglibatan NGO berikut. Selain itu peserta juga dapat melihat demontrasi membuat lilin dan sabun menggunakan minyak masak terpakai.

Friday, June 29, 2012

Hari Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16


















Kali ni Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16 berminat mengenai River Ranger dan telah menjemput River Ranger Selangor untuk memberi pendedahan terhadap pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

Saturday, April 28, 2012

SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR









sekali lagi River Ranger Negeri Selangor di jemput untuk menyertai pameran dan sambutan hari air sedunia peringkat negeri selangor yang di rasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim pada 28 April 2012 di AEON Bukit Rajah.

Friday, March 23, 2012

Jemputan Pameran Sempena Hari Air Sedunia Anjuran SYABAS Peringkat Kebangsaan.

















Pihak SYABAS telah menjemput River Ranger Negeri Selangor untuk menyertai sambutan Hari Air Sedunia bagi tahun 2012 di Ibu Pejabat SYABAS Bangsar Kuala Lumpur.