Wednesday, October 13, 2010

Program Sungaiku Hidupku - Sungai Satu Malaysia

Pada 2  Oktober 2010, satu Program SungaiKu HidupKu - Projek Sungai satu Malaysia telah dijalan di kampung Bukit Tagal, Batu 12 , Gombak. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat cintai sungai khususnya melibatkan masyarakat orang asli .


Seawal jam 7.00 pagi, pendaftaran telah dijalankan oleh Biro Jemputan Dan Protokol yang melibatkan penyertaan dari agensi-agensi kerajaan, media cetak dan elektronik dan peserta yang terlibat.


Bermula jam 8.00 pagi acara senam seni 1 Malaysia telah dilaksanakan oleh Ahmad Rizal dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Acara ini disertai oleh Urusetia Program, Agensi Kerajaan dan masyarakat orang asli yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa.





Pertandingan Mengutip Sampah Terberat disertai oleh 5 kumpulan yang terdiri dari semua penduduk Kampung Bukit Kala, Batu 12, Gombak.

 





Pertandingan Mencipta Rakit Kreatif dengan menggunakan lidi, gunting
dan tali sahaja. Di sini, kita dapat melihat kanak-kanak orang asli menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan rakit kreatif tersebut.




Acara Perasmian disempurnakan oleh Y. Bhg Ir. Tuan Haji Norhisham Bin Mohd Ghazali selaku wakil dari Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia Negeri Selangor.
i- Berucap
ii- Menyumpit
iii- Mengecat
iv- Melepaskan anak-anak ikan
v- Lawatan ke tapak pameran




Aktiviti River Ranger yang disertai oleh 30 orang kanak-kanak orang asli dalam slot Bio-Indicator. Program ini bertujuan untuk mengukur tahap kualiti air kerana kualiti air adalah berkaitan secara langsung dengan kehidupan di dalam sungai.





Pertandingan Mencari Barang Sebanyak 15 jenis barang perlu dicari dengan kadar segera. Pertandingan ini terdiri daripada peserta dan penduduk setempat, khususnya masyarakat Orang Asli.
Acara Penyampaian Hadiah yang telah disampaikan oleh Y. Bhg Ir. Tuan Haji Norhisham Bin Mohd Ghazali selaku wakil dari Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia Negeri Selangor. Penyampaian hadiah ini adalah meliputi semua aktiviti yang telah dijalankan. 2 hamper saguhati juga telah dihadiahkan kepada Tok Batin dan penduduk Kampung Batu Kala, Batu 12, Gombak sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesudiaan dan kerjasama yang diberikan.
Aktiviti yang berkaitan dengan sungai sering dipandang sepi oleh masyarakat sedangkan kelebihan penggunaan sungai telah tersohor sejak zaman dahulu lagi.  Sungai juga boleh dikategorikan sebagai warisan negara kerana sungai juga merupakan punca perkembangan budaya, sosio, ekonomi dan tidak boleh disangkalkan bahawa sungai juga menjadi puncak ketamadunan bagi masyarakat-masyarakat tertentu.  Maka dengan ini sungai perlu mendapat perhatian yang sewajarnya dari segi pemuliharaan dan lain-lain aktiviti yang sehaluan dengannya.  Cintai Sungai Kita diteruskan lagi dengan tag baru program ini iaitu  Sungaiku Hidupku