Monday, November 29, 2010

Ceramah Kesedaran Kuala Langat

Salam, pada 3 November 2010 bertempat di dewan Kampung Labuhan Dagang telah diadakan satu ceramah kesedaran sungai kepada penduduk kampung. seramai 170 orang penduduk kampung yang datang dari kampung Labuhan Dagang dan juga Kampung Bukit Canggang. Terdapat juga 20 orang asli yang turut hadir di program tersebut. Ceramah kesedaran tersebut telah di sampaikan oleh Pn. Wan Noorul Hafilah Wan Ariffin,   dan di bantu oleh En Ferdaus dan kakitangan Jabatan Pengairan Dan saliran Daerah Kuala Langat, En Shafie dan lain-lain. Program tersebut mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk kampung dan memberi respon yang baik tentang pentingnya peranan mereka untuk turut sama menjaga kebersihan alam sekitar dan sungai. Rata-rata penduduk mengadu akan masalah kualiti air di Sungai Langat yang menyebabkan hasil pendapatan mereka merosot. Dahulu  Sungai tersebut merupakan lubuk udang dan kini hasilnya semakin berkurangan. Terdapat kejadian  'udang mabuk' disebabkan pelepasan effeluent daripada kilang-kilang dan perindustrian yang berhampiran dengan Sungai Langat. Walaubagaimanapun penduduk belum tampil memberi aduan secara rasmi kerana belum ada bukti yang sah. Hasil daripada maklumbalas masyarakat kampung tersebut Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor akan menjalankan kajian kesan kualiti air  Sungai Langat terhadap penduduk kampung.

Pertandingan Fotografi Sungaiku HidupKU

 
Hadiah Pemenang :
   Pertama  RM 2000
   Kedua  RM 1500
   Ketiga  RM 1000
   Saguhati (10 pemenang) RM 100
Kategori :  TERBUKA

Syarat-syarat & Peraturan Pertandingan
Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia (semua peringkat umur)
Setiap penyertaan hendaklah disertakan maklumat yang dilengkapi dengan nama, alamat,   
   no. kad pengenalan dan no. telefon untuk dihubungi.
Tema pertandingan adalah ‘SUNGAIKU HIDUPKU’ yang menggambarkan kecintaan
   terhadap sungai mengikut kefahaman  sendiri.
Hanya gambar sungai di Negeri Selangor sahaja (nama sungai dan lokasi perlu dinyatakan) yang diterima penyertaan.
Penyertaan dibatalkan serta merta sekiranya gambar yang di hantar pernah memenangi
  atau menyertai pertandingan-pertandingan fotografi yang lain.
Hanya gambar digital sahaja dibenarkan.
Setiap peserta dibenarkan menghantar maksima 5 (Lima) keping gambar yang bersaiz
  8” x 12” (gambar yang tidak mengikut saiz tidak dilayan) dan perlu disimpan dalam CD
  sebagai bukti dengan saiz fail besar (jpeg).
Sekiranya penyertaan melalui e-mel, peserta perlu menghantar gambar digital format
  JPEG berukuran sederhana tidak kurang daripada 2 MB.
Semua gambar penyertaan mestilah asli dan tidak boleh diubahsuai ataupun
  menambah elemen-elemen yang lain. (Jika didapati gambar telah diubahsuai,
  penyertaan dibatalkan serta merta)
Gambar-gambar penyertaan tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik
  mutlak penganjur.

Saturday, November 6, 2010

RIVER RANGER SELANGOR: Jembori River Ranger 2010

RIVER RANGER SELANGOR: Jembori River Ranger 2010: " Salam River Ranger... Pada 29-31 Oktober 2010, Jembori River Ranger Peringkat Kebangsaan telah diadakan. Bertempat di dataran Sungai Galin..."

Friday, November 5, 2010

Jembori River Ranger 2010

 Salam River Ranger...
Pada 29-31 Oktober 2010, Jembori River Ranger Peringkat Kebangsaan telah diadakan. Bertempat di dataran Sungai Galing, Kuantan Pahang, River Ranger seluruh negara dikumpul dan dipertemukan.. Seramai 10 orang River Ranger Selangor orang telah dipilih untuk mewakili Negeri selangor. Wakil River Ranger Selangor terdiri dari 2 River Ranger Komuniti, iaitu Ranjer Zainal Dan Ranjer  Zaini dari Komuniti Sungai Way, 4 Ranjer Sekolah iaitu Ranjer Cikgu Noorma, Ranjer Lukman, Ranjer Faiz dan Ranjer Nabil dari Sekolah Menengah Seksyen 18 Shah Alam, dan wakil dari JPS Selangor Ranjer Ali Rahmat dan Ranjer Noorul...

First Day.. 29/10/2010..
  Ranjer -Ranjer Selangor dalam persiapan untuk membentangkan bahan pameran


Maskot River Ranger Selangor " Burung Raja Udang"

Kerjasama Ranjer-Ranger Selangor sangat membanggakan.

Turut Membantu ...tak lupa jugak buat none yang siapakan bahan pameran.. "u have done a good job", jue, ros, noriha, shahril dan yang lain..

"Final Touch.. Ready..
Orang kuat Selangor...

Our Team

Dengar taklimat dari kem komander En Zainal Fikri

Pembahagian kumpulan

                                                        Stage...



                                                 Kemudahan tempat solat yang disediakan.
tempat tidurku sepanjang 3 hari 2 malam

Khemah

Ranjer Sekolah

Jom buat Mud Ball

  Mud ball perlu di bulatkan untuk dikeringkan

Tangkap ikan


Bio-indikator

Get the data

Dengar taklimat dari Dr. Kali dari GEC


Presentation

Let's go back to our camp

semoga lebih banyak fauna akan menghuni sungai ini

Last night.. unta?

Seafood

Tiup belon untuk last pameran VVIP

Maskot.. Third Place.. Alhamdulillah..

Full of Ballons.. RIVER RANGER SELANGOR

Cheese

Tuan Pengarah JPS Selangor with Tn Haji Bakar ( Kelantan Director), En Gapar ( Melaka  Director),  Hj Mat Hussin ( Terengganu Director), En. Hashim ( N.Sembilan Director), Hj Hanapi ( BSAH Director)

One More



Tuan rumah Jembori 2010 Hj. Zulkifli (in red), Kepten Annuar ( Penang Director),
 Mr. Lee Loke Chong  (BRE Director)

Mascots, First place goes to fairies, from JPS Kedah, 2nd place JPS Wilayah, prawn from recycle items, 3rd... JPS Selangor..

Malam Anugerah terdapat  dua kategori River Ranger yang dipertandingkan
   iaitu ketegori sekolah dan komuniti
The Best River Ranger " Community"

The Prizes

With PPSN

Again, get ready for VVIP visit

Tn Hj Bakar..

Our chocolate used to promote awareness among... he he

Here u are

Packing


Last day..

Champion.. for larian sungai..

Champion : Kelas 1


Maskot : Tempat ketiga


Ucapan setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan pasukan River Ranjer JPS Selangor. Dengan harapan pada tahun depan di P.Pinang,  River Ranger Selangor akan lebih menyerlah dan memenangi River Ranger terbaik semua kategori..Insyallah