Wednesday, February 9, 2011

Program Sungaiku Hidupku Sg Congkak

Salam, Program Sungaiku Hidupku peringkat negeri Selangor telah diadakan pada 16 Disember 2010 bertempat di Sungai Congkak, daerah Hulu Langat. Seramai 150 peserta mengambil bahagian dalam program tersebut. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pembangunan Ir. Nor Hisham bin Mohd Ghazali merasmikan Program Sungaiku Hidupku bagi pihak Pengarah yang tidak dapat hadir pada program tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang betapa pentingnya sungai dalam kehidupan kita.

Pelbagai acara yang disediakan oleh pihak urusetia dalam program ini seperti penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi 'Sungaiku Hidupku', senamrobik, pertandingan mewarna dan melukis poster, demontrasi kitar semula membuat sabun dari minyak masak terpakai serta 'BIO INDICATOR'.

Perserta yang menaiki bas bertolak dari JPS Selangor, Shah Alam.

Selamat tiba ke destinasi yang dituju..


Para pesrta berjalan kaki masuk ke tapak program..

Mmm...nak tumpang boleh?? Penatlah jalan kaki..

Adik-adik kita tengah mendaftar

senaman aerobic  “SELAMAT PAGI MALAYSIA”

1,2,3,4,5,6,7,8, lapan lagi..goyang..

ibu-ibu, bapak-bapak.. kita buat senaman poco-poco ya..

mari menari, joget lambak..

para fasilitator berbaris..

Timbalan Pengarah Pembangunan Ir. Nor hisham bin Mohd Ghazali memberi ucapan.

Adik Luqman kata Satu Negeri Satu Sungai..

Tekunnya adik kita mewarna

Peace!! Pn. Wan Noorul..
Masa untuk makan..

Ambil bahan untuk buat sabun

Goncang lagi sampai sebati..

Masukkan dalam acuan pula..

Formula membuat sabun

Adoiiyaa..masalah teknikal goncang bahan dalam sarung tangan getah, meletup pula..

Ni sabun ke kuih??

2 comments:

  1. bangga jps selangor berjaya anjurkan program yang melibatkan org awam..terutama murid skolah.. sangat terharu...teruskan usaha!

    ReplyDelete