Monday, November 29, 2010

Ceramah Kesedaran Kuala Langat

Salam, pada 3 November 2010 bertempat di dewan Kampung Labuhan Dagang telah diadakan satu ceramah kesedaran sungai kepada penduduk kampung. seramai 170 orang penduduk kampung yang datang dari kampung Labuhan Dagang dan juga Kampung Bukit Canggang. Terdapat juga 20 orang asli yang turut hadir di program tersebut. Ceramah kesedaran tersebut telah di sampaikan oleh Pn. Wan Noorul Hafilah Wan Ariffin,   dan di bantu oleh En Ferdaus dan kakitangan Jabatan Pengairan Dan saliran Daerah Kuala Langat, En Shafie dan lain-lain. Program tersebut mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk kampung dan memberi respon yang baik tentang pentingnya peranan mereka untuk turut sama menjaga kebersihan alam sekitar dan sungai. Rata-rata penduduk mengadu akan masalah kualiti air di Sungai Langat yang menyebabkan hasil pendapatan mereka merosot. Dahulu  Sungai tersebut merupakan lubuk udang dan kini hasilnya semakin berkurangan. Terdapat kejadian  'udang mabuk' disebabkan pelepasan effeluent daripada kilang-kilang dan perindustrian yang berhampiran dengan Sungai Langat. Walaubagaimanapun penduduk belum tampil memberi aduan secara rasmi kerana belum ada bukti yang sah. Hasil daripada maklumbalas masyarakat kampung tersebut Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor akan menjalankan kajian kesan kualiti air  Sungai Langat terhadap penduduk kampung.

No comments:

Post a Comment